ADVerTisemeNT

Tips Kahwin

5 Petanda Anda Telah Bersedia Untuk Berkahwin

Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah bagi setiap insan di dunia ini. Semua memang nak kahwin. Betul tak?
Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup anda. Tapi adakah anda benar-benar tahu dan yakin yang anda telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut? Bagaimana anda boleh mengetahui tanda-tanda yang anda telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut?
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda 5 petanda yang jika anda sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri anda, anda memang dah sedia nak kahwin. “Best woo kawin” bak kata sesetengah orang yang dah berkahwin..heh


Petanda 1: Rela Berkongsi
Rela berkongsi bermaksud anda bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara anda berdua.
Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian anda. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian anda.


Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka
Kadang-kala, ketika anda melayari bahtera rumahtangga anda, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, anda haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama anda berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.
Mungkin punca perselisihan anda berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika anda berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga anda pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.


Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik
Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri sebelum berkahwin adalah seperti:
Mengapa anda perlu berkahwin?
Adakah kedua-dua belah pihak keluarga anda berdua boleh menerima anda berdua untuk berkahwin?
Apakah yang ingin anda berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?
Jika anda boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik, maka memang telah terbuktilah anda berdua telah bersedia untuk berkahwin.


Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur
Anda berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala anda berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego anda.


Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan
Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.
Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus anda terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan anda pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

5 Tips Untuk Malam Pertama Yang Sempurna

Salam Hormat saya ucapkan buat anda yang masih setia membaca blog KursusPerkahwinan ini. Semoga banyak informasi ilmiah yang telah anda perolehi melalui laman blog ini dalam persiapan anda untuk bergelar pengantin baru.
Pada post kali ini saya ingin berkongsi khusus buat anda yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ianya berkaitan topik yang anda (terutama buat si bakal suami) tunggu-tunggu. Topik yang saya maksudkan ialah soal Malam Pertama.
Malam Pertama merupakan malam yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin baru. Ketika malam tersebut, bakal tercipta satu detik bersejarah buat diri anda. Anda setapak lagi kehadapan dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan dan kemanisan dalam hubungan perkahwinan.
Penting untuk setiap bakal pengantin baru untuk melengkapkan ilmu berkaitan hubungan seks di malam pertama ini agar anda berdua nanti mampu mengecapi kebahagiaan dan kepuasan bersama di malam tersebut.
Berikut saya kongsikan bersama anda 5 tips yang boleh anda ikuti dalam persiapan anda untuk menempuh malam pertama pengantin anda nanti …


TIPS 1: Bersiap dari segi mental.
Aspek mental dan psikologi amat penting dalam anda menempuh malam pertama anda. Ini kerana, jika anda belum benar-benar bersedia dari segi mental, seluruh tubuh anda tidak akan bersedia dan ada kemungkinan besar tidak akan mampu mencapai kepuasan yang diidam-idamkan. Hal ini terutamanya untuk pihak isteri. Jangan risau, malam pertama bukanlah malam sengsara anda. Tenangkan diri dan nikmatinya dengan penuh ketenangan.


TIPS 2: Keadaan fizikal anda yang tip-top.
Untuk memastikan anda bersedia dari segi fizikal, pastikan anda mempunyai tenaga dan masih boleh larat untuk beraksi ketika malam perama anda. Jika anda rasa penat kerana sibuk ketika majlis perkahwinan anda berlangsung, anda boleh tunda malam pertama anda pada malam-malam berikutnya selepas hari pernikahan anda. Tak semestinya malam pertama anda adalah pada malam hari perkahwinan anda. Lebih baik anda benar-benar mempunyai tenaga dan telah mendapat rehat yang secukupnya, barulah anda boleh mulakan hubungan intim malam pertama anda.


TIPS 3: Ilmu telah cukup di dada.
Malam pertama pengantin merupakan pengalaman kali pertama anda melakukan hubungan seks bersama insan tercinta anda. Ia bagaikan anda pergi ke suatu dunia yang baru. Oleh itu, penting untuk anda cukupkan dengan ilmu-ilmu yang betul agar pelayaran malam pertama anda akan berakhir dengan sempurna. Anda boleh lengkapkan diri dengan ilmu berkaitan malam pertama ini contohnya dengan membaca ebook Indahnya Malam Pertama Pengantin.


TIPS 4: Mulakan dengan belaian manja.
Mulakan dengan belaian manja dan puji-pujian kepada isteri anda. Ini bagi menghidupkan suasana yang lebih romantis. Kaum wanita lebih mudah terangsang dari segi seksual dalam keadaan yang romantik.
TIPS 5: Panjangkan tempoh foreplay, lagi lama lagi bagus.
Panjangkan tempoh bercumbu-cumbuan anda. Bercumbuan bersama isteri anda dalam masa yang lebih lama boleh menghanyutkan isteri anda seterusnya mampu meningkatkan lagi pengeluaran cairan di farajnya. Pentingnya faraj isteri untuk benar-benar basah adalah bagi memudahkan hubungan persetubuhan anda kelak.

9 Tips Mengurus Masa Untuk Hubungan Intim

Hari ini kita hidup dalam zaman yang penuh dengan cabaran dan kesibukan. Dunia hari ini menuntut kita untuk lebih komited dengan kerjaya serta tugas harian di pejabat. Kadang-kala ia mampu memberi tekanan stres kepada diri kita seterusnya boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan dan kesihatan seksual kita.

Perkara ini kita dapat lihat di kalangan pasangan suami-isteri yang berkerja. Jika tekanan bebanan kerja dibawa ke rumah, pastinya ia akan mempengaruhi hubungan intim mereka.

Ye lah, kalau dah tension di pejabat, lalu membuatkan anda letih apabila tiba di rumah, adakah ketika itu anda masih ada ‘selera’ nak melakukan hubungan intim bersama pasangan?

Awas! Perkara ini tidak seharusnya berlaku kepada diri anda dan pasangan anda.

Jalan penyelesaian untuk mengelak daripada perkara ini berlaku ialah melalui pengurusan masa anda dengan lebih efektif untuk menjamin kebahagiaan hubungan intim.

Berikut saya kongsikan bersama anda 9 tips untuk mengurus masa anda untuk mengekalkan hubungan intim seksual bersama suami atau isteri anda dengan lebih bahagia:

Peruntukkan dan tetapkan dalam sehari ada masa anda untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit. Anda boleh lakukan sedikit senaman di awal pagi atau petang hari. Bersenam secara konsisten mampu mengekalkan tahap kecergasan tubuh anda seterusnya memberi tenaga yang lebih kepada anda ketika di atas ranjang.

Banyakkan masa anda bersama dengan pasangan berbanding kerja jika anda memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Kalau anda biasa buat ‘overtime’ atau ‘stay-back’ di pejabat, cuba kurangkannya. Cepat-cepat balik rumah kalau dah habis waktu pejabat.

Tak perlu anda seksa diri untuk mengikut petua orang-orang lama seperti makan telur ayam kampung la, mengamalkan pelbagai jenis urutan la. Yang penting kualiti ketika anda bersama pasangan anda.
Kalau anda stres akibat dengan kerja atau ‘dateline’ semakin hampir, cepat-cepat lakukan seks bersama isteri/suami anda. Seks mampu memberi ketenangan fikiran kepada anda kerana ketika anda orgasma, hormon oxytocin akan dirembeskan (terhasil). Hormon ini mempunyai fungsi untuk memberi ketenangan dan perasaan releks kepada diri anda.
Jangan buat temujanji yang banyak bersama kenalan-kenalan anda jika anda sendiri tak yakin boleh memenuhinya.

Jika anda seorang eksekutif atau pengurus di pejabat, anda boleh agih-agihkan tugasan di pejabat kepada para pembantu anda. Elakkan memaksa diri untuk melakukan semua kerja dalam satu masa.
Elakkan makan malam terlalu lewat. Jika anda makan malam lewat, ini membuatkan anda rasa kenyang dan kurang bertenaga jika mahu mengadakan hubungan intim bersama isteri di malam hari.
Ambil cuti semata-mata untuk bersama isteri anda.

Ya, tak salah sebenarnya. Ini lebih-lebih lagi bagi pasangan yang agak sukar mendapat cahaya mata. Dengan menghabiskan hari anda bersama, ini boleh memberi fokus yang lebih kepada anda dalam mengadakan hubungan intim.

Tetapkan masa dan buat janji bersama pada pukul berapa anda berdua akan masuk ke kamar. Ini supaya anda tahu bila anda perlu hentikan dan lupakan segala kerja-kerja anda. Sebagai contoh, anda boleh berjanji bersama pasangan anda setiap malam pukul 10.30PM mesti dah ada atas katil
Semoga tips-tips ini boleh membantu anda dalam menguruskan masa anda dengan lebih bijak demi kebahagiaan hubungan intim suami-isteri anda.

Number of Visitors

hit counter